Cart 0
14.png

AKAD DUA HATI

RM 19.20 RM 24.00


‘Berkolaborasi ’dengan Zain Arash sampai lelaki itu sanggup memberi cincin? Ingat bercinta ni sama dengan berbusiness? Peliknya Miya Adeena tidak sedar bagaimana boleh terpikat dengan lelaki itu. “Tak baik marah-marah. Jom kita pergi masjid kat depan tu. Hari ini kita dirikan solat, siapa tahu hari lain kita dirikan masjid pulak!” ~ Zain Arash. Begitu pun, Miya memulangkan cincin itu kerana mahu Arash menghantar rombongan rasmi. Malangnya sebelum jejaka itu tahu hal sebenar, dia terlibat dalam kemalangan.Adiknya, Haris meninggal di tempat kejadian sementara isterinya parah. Empat bulan berlalu, tiba-tiba Miya menerima berita Arash berkahwin dengan bekas adik iparnya. Meskipun terluka, Miya reda dan memulakan kehidupan baharu. Namun, kehadiran jejaka os sebelah membuat dirinya libang-libu. “Kenapa tak beri peluang kat saya dan hati awak, Miya? Kumbang bukannya seekor. Terlepas kumbang ladybird, kumbang tanduk ada kat depan awak ni…” ~ Khalif Zikri. Saat kasih mekar di jiwa, lelaki lain yang hendak merisik, jejaka lain pula yang datang meminang. Benar, cinta itu umpama air yang boleh menghilangkan dahaga. Namun, pada masa yang sama bisa melemaskan!