Cart 0
1488055684_2716220_z

Airil Vs Maira

RM 23.20 RM 29.00


Adakah sumpahan yang dikenakan oleh encik zahid membawa airil & maira ke jinjang pelamin.. Mungkin sudah tertulis jodoh antara Airil & Maira.. Dari benci bertukar sayang.. Asal jumpa maka akan tercetuslah perang antara keduanya.. Masing-masing saling berbalas antara satu sama lain. Asal jumpa gaduh.. asal jumpa gaduh.. satu kejadian buruk hampir menimpa Maira, tapi nasib baik Airil datang membantu. Disitu semuanya berubah.. tamparan2 airil menyedarkan maira. Tamparan cinta. Hehe

- Kesan dari tamparan airil merubah maira.. bukan sahaja penampilan maira.. malah perasaan maira terhadap airil.. Maira perlu bertindak segera. Takut airil terlepas ke tangan As (teman wanita airil). Untuk menunggu Airil meminang Maira itu memang suatu yang mustahil. Untuk merealisasikan biarlah Maira yang meminang airil. Siapa yang tidak kenal dengan Maira dan perangai gila-gilanya.

- Airil seorang anak yang patuh dengan orang tuanya. Apa sangatlah pengorbanannya jika dibandingankan dengan jasa & pengorbanan kedua ibubapanya yang mengandungkannya & membesarkanya. Dia harus memberi peluang untuk mengenali maira terlebih dahulu.

- Airil memutuskan untuk berkahwin dengan maira pada cuti semester mereka, kerana hati sudah mula menyanyangi gadis berkenaan. Banyak yang maira lakukan untuk mengambil hatinya, dan apa yang penting ibu bapa airil senang dengan maira. Dia sendiri juga takut kehilangan tunangnya, mungkin kerana mimpi yang dialaminya membuatkan dia sedar yang dia juga sebenarnya sudah jatuh cinta.

- Dua minggu sebelum perkahwinan Airil & Maira, mereka mengikuti projek daki gunung bersama-sama rakan sekelas mereka. Disini cinta mereka teruji apabila maira jatuh gunung. Airil hilang punca. Hari-hari dia mencari maira bersama-sama dengan pasukan penyelamat. Pelbagai ikthiar dilakukan. Mencari di air dan di darat pun sudah mereka usahakan. Dengan bantuan En. Man, mereka cuba untuk meminta bantuan Tok Batin di perkampungan orang asli. Kedatangan mereka pada mulanya disambut baik oleh Tok Batin, tetapi setelah mengatahui niat Airil untuk mecari tunangnya, & melihat gambar yang ditunjukkan oleh Airil, Tok Batin Segera menghalau mereka & memberitahu dia tidak dapat membantu. Ini membuatkan En.Man hairan dengan sikap Tok Batin kerana selama mengenali tok batin, dia tidak pernah berkasar & selalu membantu sesiapa sahaja.. Airil merasakan sesuatu yang tidak kena. Dia perlu berjumpa dengan tok batin kerana dia yakin pasti ada sesuatu yang diketahui oleh Tok Batin.

- Pertemuan seterusnya dengan tok batin hanya sia-sia, malah dia dipukul dan dihalau balik. Tapi itu tidak mematahkan semangat Airil. Dia akan kembali semula demi maira, cuma dia perlu balik untuk menyelesaikan beberapa hal.

- Dengan restu kedua orang tuanya, Airil bersama sahabat baiknya Zack pergi semula untuk menemui Tok Batin untuk meminta pertolongan. Tok Batin yang pada mulanya menolak untuk membantu Airil, kemudiannya berubah fikiran. Dia bersetuju untuk membantu Airil tetapi dengan beberapa syarat.

- Siapa sangka maira masih hidup setelah jatuh dari gunung. Hanya Airil yang yakin maira masih hidup lagi. Maira sebenarnya diselamatkan oleh Andika, seorang pemerintah dikerajaan bunian. Andika sukakan maira dan ingin menjadikan maira sebagai isterinya walaupun maira tidak sudi. Nasib Maira baik, kerana ada lagi bunian yang baik hati ingin membantunya melarikan diri. Cuma maira perlu bersabar.

- Misi menyelamatkan maira bukanlah semudah yang disangkakan, mereka perlu berhadapan dengan orang bunian yang mempunyai kuasa yang kuat. Walaupun Airil dapat menyelamatkan Maira dengan bantuan Tok batin & Aduka. Tapi Andika berjanji untuk mendapatkan Maira semula dengan apa cara sekalipun.

- Airil & Maira selamat di ijab kabulkan setelah maira sihat seperti sedia kala. Part sengal maira memang tidak boleh berubah. Dari sebelum kahwin sehinggalah sudah menjadi isteri Airil.. Sabar sajalah Airil dengan isterinya.

- Kepulangan Azhar kepangkuan keluarganya setelah sekian lama tidak pulang membuatkan Maira berasa kurang senang. Sedikit sebanyak ini mengganggu keharmonian rumah tangga Airil dan Maira.

- Kedatangan pihak polis kerumah kedua orang tua Airil membawa perkhabaran bahawa mereka telah menemui mayat yang telah reput disyaki Azhar, kerana mereka menjumpai lesen memandu Azhar bersama-sama mayat berkenaan..