Cart 0
j.png

Air Zamzam Untuk Apa Ia Diminum

RM 17.10 RM 18.00


Kewujudan air Zamzam yang menurut perkiraan sejarah telah menjangkau umur sekitar 5000 tahun atau 50 abad adalah salah satu tanda kebesaran Allah yang Maha Agung.

Menurut ulama, air Zamzam adalah salah satu daripada mata air yang berasal dari syurga. Ia juga merupakan limpah kurnia pertama daripada Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim 'Alaihissalâm yang menjadi penghuni pertama kota Makkah, yang memancar pada saat genting kehidupan Hajar dan anakandanya Nabi Ismail 'Alaihissalâlam.

Meminum air Zamzam bermakna meminum air dari syurga dan air yang pada mulanya sebagai limpah kurnia Allah pertama kepada Nabi Ibrahim 'Alaihissalâlam.

Apakah lagi yang dapat dikatakan dalam menjelaskan Zamzam sebagai sebaik-baik air di muka bumi dan kedudukannya yang mulia di sisi Allah? Yang pasti, air ini mengandungi berbagai khasiat, keistimewaan dan kelebihan yang tidak terkira banyaknya sesuai dengan maksud hadits yang menyatakan: "Air Zamzam ialah untuk apa ia diminum."

Untuk mengetahui khasiat dan keajaiban air Zamzam, teruskan membaca buku ini sehingga tersingkap segala rahsia dan keistimewaan air ini.