Cart 0
adamu ada cinta.png

Adamu Ada Cinta

RM 19.20 RM 24.00


Aniq Satria. Playboy, kaki kelab, tak nak kahwin. Klise, kan? Habis tu, apa yang tak klise?

 

“Oi, saudari!”

 

Itulah gelaran yang diberikan oleh Satria saat pertama kali berjumpa dengan Riz Khairiyah. Bila ada pertemuan kedua untuk mereka, Satria ulangi perkara yang sama. Ingat Riz Khairiyah nak duduk diam ke?

 

“Saudara.”

“Apa?”

“Bahasa saudara tu kasi cantik sikit. Saudara cakap apa tadi? Picit jerawat?”

 

Dia orang berdua ni bukan main bersaudara bersaudari bagai. Rupa-rupanya, Riz Khairiyah tu PA bonda Satria, Datuk Afia. Bila Datuk Afia sudah berkenan, status PA berubah jadi menantu. Yang peliknya, Satria angguk setuju. Tapi, ada satu syarat yang Satria kenakan bila mereka tinggal sebumbung.

 

“Semus tempat kau boleh pergi. Tapi, bukan bilik ni.”

“Kenapa? Ada apa kat dalam bilik tu?”

“Kau tak payahlah tanya dan kau tak perlu tahu. Yang penting, kau jangan buka. Apatah lagi masuk. Faham ke tak?”

 

Mula-mula memang Riz Khairiyah menurut. Tapi, apabila dia terpaksa masuk ke dalam bilik itu, segala-galanya tentang Satria mula terbongkar...