Cart 0
j.png

68 Doa Paling Indah Dari Al-Quran

RM 14.30 RM 15.00


Al-Qur'an diturunkan penuh dengan hikmat dan ilmu terkandung di dalamnya. Selain itu juga ia menyimpan pelbagai doa yang boleh kita amalkan setiap hari di dalam kehidupan seharian kita. Malah setiap hari sekurang-kurangnya 17 kali sehari kita berdoa dengan menggunakan ayat al-Qur'an agar diberikan petunjuk dan pertolongan serta dirahmati oleh Allah S.W.T. Doa tersebut terkandung di dalam Surah Al-Fatihah. Apatah lagi sekiranya menambahkan lagi bacaan surah ini di dalam wirid dan zikir kica dengan disertai bacaan surah-surah lain. Maka semakin banyak doa yang kita pohon. Seperti mana yang kita ketahui berdoa juga merupakan suatu ibadah yang disukai Allah.
Himpunan doa daripada Al-Qur'an hasil karya Sayyid Qutb ini merupakan sedikit panduan untuk kita tentang ayat-ayat Al-Qur'an yang boleh kita amalkan menjadi doa. Dalam masa yang sama lidah kita akan sentiasa dilunak dan dilembutkan oleh ayat-ayat suci Al-Qur'an tanpa mengira waktu dan masa. Berdoalah dan memohonlah hanya kepada Allah S.W.T.