Cart 0
j.png

50 Sifat Orang Kaya Yang Diberkati

RM 12.40 RM 13.00


Setiap orang pasti ingin menjadi kaya. Bagaimana hendak menjadi kaya? Itulah persoalan besar yang sering ditimbulkan. Ikhtiar dan kebijaksanaan masing-masing serta limpahan kurnia daripada Allah s.w.t. akan menjadi penentu datangnya kekayaan itu. Anugerah bakat dan potensi diri yang luar biasa yang dikembangkan dengan positif adalah pemangkin ke arah kekayaan. Oleh itu ketahui potensi diri dan bakat yang ada di dalam diri kita adalah kunci untuk menjadi kaya. Melalui buku ini, dapat kita peroleh tip untuk mengetahui tentang potensi dan bakat kita, yang kita kembangkan untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Memetik kata¬kata seorang jutawan, "...bukan kesalahan kita jika dilahirkan miskin tetapi adalah menjadi kesalahan kita jika mati dalam kemiskinan." Lebih teruk sekali adalah apabila di akhirat kelak seseorang itu pun dalam keadaan miskin. Mudah-mudahan dengan pengisian yang dikongsikan di dalam buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk menjadi kaya. Bukan sahaja kaya di dunia tetapi lebih kaya di akhirat kelak.