Cart 0
q1.png

300 Hadis Bimbingan

RM 24.00 RM 26.00


300 HADIS BIMBINGAN (KEMASKINI)

Al-Quran menjadi panduan hidup manusia. Panduan ini banyak dalam bentuk falsafah, konsep dan umum. Hadis Rasulullah s.a.w pula memberi contoh dan panduan yang lebih praktikal.

Soalnya hadis ratusan ribu banyaknya dikategorikan kepada beberapa taraf yang terdiri daripada hadis sahih, hasan, daif hingga yang palsu.

Buku 300 Hadis Bimbingan tulisan Ustaz Zahazan ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehidupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk.

Antaranya adalah seperti ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasulullah s.a.w., para sahabat, rukun Islam, rukun iman, solat, Al-Quran, puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, doa, zikir, persaudaraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan nabi dan sebagainya.

Ustaz Zahazan menyampaikan hadis melalui teks yang mudah dibaca dengan terjemahan yang jelas. Pembaca dapat membuat rujukan terus untuk kegunaan dalam menghafal hadis, ceramah, usrah, tarbiah, tazkirah dan taklim. Turut disertakan di dalam buku 300 Hadis Bimbingan ini ialah biodata 72 orang perawi hadis yang masyhur.



Buku: 300 Hadis Bimbingan (Edisi Kemaskini)
Penulis: Ust. Zahazan Mohamed & Ahmad Hasan M Nazam
Halaman: 224
ISBN: 978-983-3494-68-2