Cart 0
q1.png

20 Checklist Akhlak

RM 18.00 RM 20.00


Buku: 20 CHECKLIST AKHLAK

Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang


Kejahilan dan kedegilan mesti diperangi oleh senjata. Senjata itu ialah kasih sayang. Kasih sayang itulah inti pati akhlak yang menjadikan perjuangan Rasulullah dan para sahabat diterima dengan baik oleh manusia tanpa mengira warna kulit, masa dan tempat.


Insyaallah kejayaan ini boleh diteladani dan diulang lagi pada masa kini jika kita berjaya menegakkan akhlak islamiah dalam diri,keluarga dan masyarakat.


Karya 20 Checklist Akhlak ini juga merupakan sebahagian usaha meneruskan legasi ulama dalam menyampaikan hadis Nabi dalam bacaan yang padat dan sesuai dengan keadaan semasa masyarakat moden hari ini.


Ustaz Syed Mohd Norhisyam menyentuh pelbagai isu penting dan sangat wajar diambil perhatian oleh setiap individu serta warga masyarakat.


Antaranya isu rasuah, aurat, etika berinteraksi, tatacara dalam organisasi, menjadi VVIP di Mahsyar, persediaan sebelum menuju akhirat, akhlak sebagai tanda aras tahap keimanan dan banyak lagi yang amat menarik untuk ditekuni dengan insaf.


"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya"




Buku: 20 Checklist Akhlak

Penulis: Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang

Penerbit: Telaga Biru

Terbit: Februari 2016

Halaman: 272 

ISBN: 978-967-388-223-6