Cart 0
j.png

160 Faedah Utama Dalam Terapi Sembahyang & Padah Meninggalkannya

RM 14.30 RM 15.00


Meskipun solat itu menjadi rukun kedua selepas kahmah syahadah, akan tetapi oleh sebab kelemahan dalam pendidikan menyebabkan ada umat Islam yang hidup menikmati segala nikmat pemberian Allah, tetapi tidak bersolat bagi mensyukuri-Nya, meninggalkan masjid-masjid, meringan-ringankan solat dan melambat-lambatkan waktunya. Di samping itu, ada pula yang memasuki masjid dengan merasakan seolah-olah dia terpenjara, ada yang bersolat dengan pantas seperti patuk ayam dan ada pula yang apabila masuk bersolat, mereka tidak faham dan tidak mengerti apa pun bacaan dan perbuatan solat.
Dalam lembaran kitab suci Al-Quran, Allah memuji orang yang bersolat, lebih daripada 80 kali. Seterusnya Allah memuji para hamba-Nya yang bersolat dengan baik (mengkuti Sunnah serta khusyuk) dan memelihara solatnya secara berterusan. Kepada mereka disediakan Syurga Firdaus, mereka akan kekal di dalamnya.
Tiada suatu syi'ar atau lambang keagamaan yang lebih tinggi, mulia dan agung selain solat lima waktu, di mana apablia dikaji kebaikannya, ianya meliputi aspek-aspek agidah (kepercayaan), ibadah, kerohanian, akhlak, sosial (teramasuk pendidikan), politik, ekonomi dan kebudayaan (cara hidup) manusia sebagai hamba Allah yang patuh dan benar-benar bahagia dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Mereka tidak seperti kehidupan orang-orang bukan lslam yang dimurkai Allah dan sesat.